Sejarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

Fakulti ini mula beroperasi pada 2007 di Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkala Chepa selama 4 tahun (2007-2010). Ia kemudian berpindah ke Kampus Induk di Bachok dan memulakan operasi pada 2011. Mulai Sidang Akademik 2007/2008, FTKW menawarkan program-program yang berkaitan dengan Pengajian Teknologi Kreatif dan Warisan yang berteraskan reka bentuk dan keusahawanan. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang seni reka dan kemahiran keusahawanan. Dari segi pelaksanaan program, pada umumnya terdapat dua program yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian.

Rujukan

WikiPedia: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan //scholar.google.com/scholar?q=%22Fakulti+Teknolog... //www.google.com/search?&q=%22Fakulti+Teknologi+Kr... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Fakul... //www.google.com/search?q=%22Fakulti+Teknologi+Kre... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Fakulti+Tek... http://ftkw.umk.edu.my/ http://ftkw.umk.edu.my/bm/akademik-direktori.cfm http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Fakul... https://www.facebook.com/ftkwofficial